Thursday, September 23, 2004


By: Komputer^Dah^Baiki

MENGAPA IBU MENANGIS

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu,mengapa ibu menangis ?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita." Saya tidak mengerti," kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tidak akan mengerti......"
Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. "Ayah,mengapa ibu menangis ?"
Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan."
Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis. Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting. Allah ciptakan bahunya,agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.

Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya.Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri......Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.

Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih,sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah. Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.

Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan. Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegentiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita ?

Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.

Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan perasaannya...
Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan.

Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata!

" Ini airmata kehidupan."


By: Komputer^Dah^Baiki


By: Komputer^Dah^Baiki



Aisyah R.A difitnah berlaku curang


SATU lagi peristiwa penting yang berlaku pada Syaaban adalah peperangan Bani al-Mustaliq. Peristiwa itu berlaku pada Isnin, hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah.

Pada waktu itu, Nabi Muhammad saw bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.

Dalam riwayat Imam Muslim, dijelaskan serangan terhadap Bani al-Mustaliq dibuat tanpa amaran. Perkara itu kerana Rasulullah sudah menyampaikan dakwah Islam kepada mereka.

Bani itu dianggap berperang dengan orang Islam sejak membantu orang Quraisy Makkah dalam peperangan Uhud.

Mereka yang diserang secara mengejut, kebingungan dan tidak mampu melawan dalam tempoh masa yang agak lama.

Daripada peperangan ini, dicatatkan rampasan perang yang diperoleh ialah 1,000 unta dan 5,000 biri-biri. Kira-kira 200 orang ditawan dan ada pendapat yang menyatakan 700 orang.

Rasulullah dan sahabat kemudian pulang ke Madinah pada Ramadan selepas peperangan itu.

Dalam perjalanan pulang inilah, berlaku peristiwa yang menggoncang kerukunan rumah tangga Baginda berpunca daripada tindakan jahat yang dilakukan oleh golongan munafik pimpinan Abdullah Bin Ubai.

Isteri Rasulullah, iaitu Saidatina Aisyah, difitnah curang terhadap Baginda. Ini adalah peperangan psikologi yang begitu hebat melalui hasutan dan fitnah peristiwa al-ifk yang dipalsu dan diselewengkan oleh orang munafik.

Aisyah bersama Rasulullah dan tentera Islam menyertai peperangan Bani al-Mustaliq. Setiap kali Rasulullah keluar berperang, Baginda akan mengundi siapakah di kalangan isteri Baginda yang menyertai peperangan itu. Ketika itu, undian berpihak kepada Aisyah.

Dalam perjalanan pulang, ketika orang Islam semakin hampir dengan Madinah, tentera Islam singgah di kawasan perhentian. Pada kesempatan itu, Aisyah keluar untuk beristinjak dan tanpa disedari anting-antingnya jatuh ketika menuju kawasan perkhemahan.

Beliau menyedari kehilangan anting-antingnya itu dan kembali ke tempat beliau beristinjak untuk mencarinya. Selepas menjumpainya, beliau pulang semula ke tapak perkhemahan dan alangkah terkejutnya Aisyah kerana ketika itu, tentera Islam sudah meninggalkan tempat itu dan meneruskan perjalanan pulang ke Madinah.

Tinggallah beliau di tengah padang pasir sambil mengharapkan kafilah orang Islam berpatah balik mencarinya.

Selepas tentera Islam menyedari ketiadaan Aisyah, mereka berpatah semula untuk mendapatkannya. Pada masa sama, Aisyah ditemui sahabat Rasulullah bernama Safwan al-Mu'attal yang juga ketinggalan. Ada riwayat lain menyatakan beliau tertidur.

Safwan dan Aisyah memasuki kawasan Madinah pada waktu siang hari, selepas Baginda dan tentera Islam memasuki kota Madinah. Kedatangan kedua-duanya ke Madinah diperhatikan oleh penduduk kota itu, antaranya golongan munafik yang dipimpin Abdullah Ubai.

Dia mengambil kesempatan itu untuk menyebarkan fitnah bahawa Aisyah berlaku curang dengan Safwan. Abdullah Ubai juga mendorong Mistan Ibn Athathah, Hassan Ibn Thabit dan Hammah Jahsh untuk mempercayainya.

Rasulullah duka cita dengan propaganda yang dilakukan orang munafik.

Dalam masjid, Rasulullah mengisytiharkan Baginda mempercayai isteri dan sahabatnya.

Peristiwa ini memberi kesan mendalam ke atas diri dan keluarga Rasulullah kerana ada sahabat yang terpengaruh dengan fitnah yang tersebar luas di kota Madinah. Bahkan ada sahabat yang mencadangkan Rasulullah menceraikan Aisyah.

Selepas itu Aisyah sakit dan meminta izin Rasulullah untuk pulang ke rumah ayahandanya, Saidina Abu Bakar dan diizinkan Baginda.

Aisyah berdoa semoga Allah memberitahu rasul-Nya beliau masih suci dan tidak bersalah.

Wahyu tidak turun selama sebulan dan keadaan itu menyebabkan Baginda tidak dapat membuat sebarang keputusan atau fatwa.

Kesempatan itu diambil oleh golongan munafik untuk mencemarkan maruah dan menyakiti hati Baginda dengan pelbagai perkataan.

Pada saat itu, Rasulullah berharap turunnya wahyu bagi menenangkan hati dan menghentikan tohmahan orang munafik serta mempertahankan kesucian isteri dan keluarga Baginda.

Selepas menunggu hampir sebulan, akhirnya Allah menurunkan wahyu melalui firman-Nya dalam Surah an-Nur ayat 11 hingga 20 bagi menyatakan Aisyah tidak bersalah.

Rasulullah menjatuhkan hukuman hudud kepada Mistah, Hassan dan Hammah kerana fitnah yang dilakukan mereka. Namun, Rasulullah tidak menjatuhkan hukuman kepada Abdullah Ubai kerana Allah akan tetap menjatuhkan hukuman yang lebih berat kepadanya di akhirat.

Daripada peristiwa peperangan Bani al-Mustaliq dan peristiwa itu, beberapa undang-undang digubal, antaranya:


Kebenaran menyerang tanpa memberi amaran seperti yang dilakukan kepada Bani al-Mustaliq yang sudah disampaikan dakwah kepada mereka.

Jika ada yang belum menerima ajaran Islam, seseorang didakwahkan dan dipelawa menganut serta menerima dakwah Islam sebelum memerangi mereka.


Kebenaran membuat undian antara isteri untuk seseorang bermusafir seperti undian yang dijalankan Rasulullah.


Wanita turut dibenarkan terbabit dalam kempen ketenteraan bagi membantu tentera Islam, tetapi bukan sebagai anggota tentera peperangan.


Pelaksanaan hukuman hudud kepada sesiapa yang melakukan fitnah tanpa mengemukakan empat orang saksi.


Kebenaran menawan musuh sebagai tawanan perang. Peristiwa al-ifk jelas menunjukkan sifat kemanusiaan Rasulullah walaupun berdepan dengan saat memilukan dan menyedihkan.

Pergantungan Baginda kepada Allah dan wahyu-Nya tetap utuh. Sesuatu tindakan tidak dilakukan secara melulu hingga Baginda merujuk kepada wahyu Allah.

Inilah yang sepatutnya yang dijadikan pengajaran kepada orang Islam supaya sentiasa menjadikan wahyu Allah sebagai rujukan terhadap sebarang permasalahan yang melanda dalam kehidupan.



By: Komputer^Dah^Baiki



CINTA SEJATI

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula. .
Tauladan dari kisah ini:
Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulenMencintai Rasul bermakna mencintai Allah Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi,insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti.Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu .Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mataakan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda,meskipun baginda sudah wafat.Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda.Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

Friday, September 10, 2004

Hari nih dalam Geografi


By: Komputer^Dah^Baiki



By: Komputer^Dah^Baiki


Fuhhh......Hari nih aku tak der buat aper pun....Malam semalam aku tak tidur langsung sebab borak ngan sahabat aku yang baru pulang bercuti dari Spain..Memacam lah pengalaman yang dia citer....Terutama tentang keindahan Granada dan Cordoba kota tinggalan Empayar Andalus yang mempunyai seni bina yang amat mengkagumkan bagi sesiapa yang berpeluang mengunjunginya..Bila aku mendengar cerita kawan aku tuh..Aku plak bersemangat nak pergi jugak..Rasa rugi jugak masa aku dieropah dulu tak sempat nak melawat Spain disebabkan beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan...Borak punya borak..sedar tak sedar jam dah menunjukkan pukul 4 pagi..so alang-alang baik aku tunggu waktu subuh...yang akan masuk pada jam 4.35 pagi..Lepas jer solat berjemaah..aku pun terus tidur sampai tak sedarkan diri..Muahahah..tapi tidur pun kene beringat..sebab kene bangun jugak..kalau tidak terlepas solat Jumaat..hahahaha..tp hari nih memang panas...dah lah panas angin plaks tak bertiup langsung....masa solat Jumaat tadi..bertus-tus peluh aku mengalir...Inilah kuasa Allah..segala percubaan dariNya perlu dihadapi dengan sabar..kerana sabar itu teras kepada iman..Balik solat Jumaat aku terus sambung tidur..yerlah punyer laaa boring..tak der per-per nak buat....jawabnyer tidur laaaaa...har har har....
Dah puas tidur...aku solat Asar...terus kemeja ping pong..tempat sebahagian sahabatku mengasah bakat...memang canggih meja ping pong dah umah aku nih.juara dunia pun akan terperanjat besar biler tengok keadaan meja ping pong tuh...Kalo korang tak caya..meh laaa datang ke rumah aku..tengok sendiri...memang world class punyer....
Tak puas main ping pong...Aku n da gang..sambung plak main bola...sampai tak dapat nak bernafas dibuatnya..dengan keadaan padang yang cukup menyedihkan..boleh diibaratkan gurun padang pasir...tapi itulah gelanggang kegilaan aku dan sahabat-sahabat rimbaku...
Dah sesak nafas main bola baru laaa kami gheti nak balik umah..lagipun azan maghrib dah berkumandang...harharhar.....
Begitu laaaa ringkasan rutin aku seharian..time cuti nih....tak tahu nak buat apa.nak sentuh buku pun berat...mujurlah program usrah ada...kalau tak..mungkin tak der langsung pengisian rohani buat aku dimusim cuti ni....

Thursday, September 09, 2004

Kisah Nabiyyullah Sulaiman AS

KISAH NABIYYULLAH SULAIMAN A.S


By: Komputer^Dah^Baiki


"Dan Kami karuniakan kepada Daud, Sulaiman, dia adalah sebaik-baik hamba. Sesunguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya). (Ingatlah) ketika dipertunjukan kepadanya kuda-kuda yang tenang di waktu berhenti dan cepat waktu berlari pada waktu sore, maka ia berkata, "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan." "Bawalah semua kuda itu kembali kepadaku." Lau ia potong kaki dan leher kuda itu. (Shaad:30-33)

Allah menyebutkan, bahwa Dia menganugerahkan kepada Daud putera bernama Sulaiman a.s. Allah memuji Sulaiman bahwa dia banyak kembali kepada-Nya, lalu Allah menyebutkan perkaranya tentang kuda. Berikut ini kisahnya:

Sulaiman a.s. begitu cintanya kepada kuda untuk digunakan jihad di jalan Allah. Beliau memiliki kuda-kuda yang kuat, cepat dan bersayap. Kuda-kudanya berjumlah 20 ribu ekor. Ketika ia memeriksa dan mengatur kuda-kuda tersebut, ia ketinggalan shalat Ashar, karena lupa bukan disengaja. Saat ia mengetahui ketinggalan sholatnya karena kuda-kuda tersebut, ia pun bersumpah, "Tidak, demi Allah, janganlah kalian (kuda-kudaku) melalaikanku dari menyembah Tuhanku." Lalu beliau meneritahkan agar kuda-kuda itu disembelih. Maka beliau memukul leher-leher dan urat-urat nadi kuda-kuda tersebut dengan pedang. Ketika Allah mengetahui hamba-Nya, yang bernama Sulaiman menyembelih kuda-kuda tersebut karena Diri-Nya, karena takut dari siksa-Nya serta karena kecintaan dan pemuliaan kepada-Nya, karena dia sibuk dengan kuda-kuda tersebut sehingga habis waktu shalat. Sebab hal it, Allah lalu menggantikan untuknya sesuatu yang lebih baik dari kuda-kuda tersebut, yakni angin yang bisa berhembus dengan perintahnya, sehingga akan menjadi subur daerah yang dilewatinya, perjalannya sebulan dan kembalinya juga sebulan. Dan tentu, ini lebih cepat dan lebih baik daripada kuda.

Karena itu, benarlah sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya tidaklah engkau meninggalkan sesuatu karena takut kepada Allah kecuali Allah akan memberimu (sesuatu) yang lebih baik daripadanya." (HR Ahmad dan Al-Baihaqi, hadits shahih)

Wednesday, September 01, 2004

Wada3 Presiden

SELAMAT JALAN BUAT PRESIDEN DAN SELAMAT DATANG KE CASABLANCA


Kenangan terakhir bersama Presiden PMMM yang akan pulang bercuti selama 3 bulan.Gambar kenangan ini diambil berhadapan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Mohammad V,Casablanca.InsyaAllah saudara Presiden akan kembali ke Morocco selepas Hari Raya Aidilfitri depan..
Kami menyewa bas ke Casablanca oleh kerana ramai pengikut-pengikut yang bersekutu..Selepas mengiringi Presiden ke Lapangan Terbang, kami memanfaatkan masa dengan mengunjungi beberapa tempat yang menarik yang terdapat di kota Casablanca yang tersohor ini....Dalam pada kami melawat kota Casablanca ini,ada bermacam cerita kelakar yang ingin aku kongsi bersama....Hahahahahaha..Nantilah aku citerkan dilain hari...Sekarang nih tak boleh lah..sebab dah larut malam..idea tak berapa nak keluar..(aku sambung hari lain)

Ok meh laaa aku citer sedikit sebanyak ttg trip aku n da gang ke Casablanca ari tuh..Oleh kerana ramai sangat yang nak hanto Presiden..so aku terpaksa suh Boy sewa bas Arobi..bukan aper senang nak bergerak...lagipun kosnyer lebih murah jika nak bandingkan dengan naik train..dan kat sini jugak ader dikalangan member aku yang pertama kali ke Casablanca..org kater 1st journey laaa..so secara tak langsung aku n sahabat yang lamer nih ter'automatik' jadi guider...heheheh...perjalanan bermula dlm jam 4.30 pagi..setelah seme penumpang dah cukup..so kami pun meluncur merentasi embun pagi tuh...kirer dalam perjalanan tuh seme memember aku tidur..kecuali laaa aku..sebab aku memang susah nak tido kalo dalam kereta ker apa ker..hati aku sokmo laaa terkenangkan Presiden yang bakal balik nih..terharu jugak aku..yer laaaa sebelum2 nih aku tak berkesempatan nak hanto memember aku yg lain balik..jiwang laaa plaks...dalam kul 5.05 pagi aku suh driver van tuh berenti..sebab kiteorg tak solat subuh lagik..ok..lepas jerk solat subuh kat tepi lebuhraya..kami pun trus meluncur laju menuju ke destinasi..iaitu Airpot Mohammed V..dalam kul 7.15 pagi..kami pun sampai..maser dalam van lagik aku tengok ramai org berkumpul kat luar..trus aku buat andaian..yg Airport nih tok leh masuk...sampai jerk kat depan pintu..memang sah!!! cinabeng tul!!!hanya seorang jerk yang dibenarkan iring penumpang..cam laaa Airport tu busy like Los Angeles ker...ni busy sket dari Airport Kota Kinabalu.ekekek..jgn mare org sabah...ok laaa tuh...selesai jerk bersalaman ngan Presiden buat kali terakhir..dengan penuh berat hatinyer..kami beredar dari situ..tapi hati aku gundah dan terkilan jugak..sebab tak dapat hanto Presiden sampai kedalam..nak buat cam ner..destinasi seterusnya..ialah nak cari tempat nak futur..so.kami singgah laaa kat satu maqha..sampai jerk maqha tuh..memember aku yg lain sibuk cari toilet..yer laaa nak qada' hajat..maklum laa pepagi ni..heeee.saper terasa maka dia laa tuh..kuang kuang...lepas jerk futur..kami meneruskan destinasi seterusnya iaitu Twin Tower Center Casablanca..sebuah bangunan berkembar yang tertinggi diMorocco nih..yang peliknya..driver kami leh tak tahu kat Casa tuh ader bangunan berkembar tuh..kirer kami lebih expert laaaa harharhar..kami sampai tuh pagi lagik..so banyak kedai yang tak bukak lagik..cadangnya nak cari bowling..tapi tak kesampaian..kalo ader.habis pencabar aku aku lanyak.muahaha..cakap besar nampak..leks...dah puas kononnyer duk kat bangunan tuh..kami terus ke destinasi seterusnya..iaitu syurga kitab yang ade di Casa nih..nama tempat tue adalah Houbouse..harhar.kat sini aku ader beli kitab Diwan Syafie..pastu ader jugak aku beli jubah yang memang lama dah aku nak beli..dah boring duk kat situ...haaaaa tiba laaaa destinasi kemuncak..iaitu melawat dan solat Dzuhur di Masjid Hassan II sebuah masjid yang ketiga terbesar didunia dan dikatakan mempunyai ukiran antara yang termahal didunia!!!! wow!!! hebat tuh..bagi aku ini merupakan kali keempat aku sampai ke masjid tuh..tapi memember aku yang tak pernah lagik...sampai sakit tengkok laaa mendongak tengok ukiran yang memang cantik!!! Aku dengar citer masjid ni berharga USD500 juta!!! perghh mahal tuh..Tapi yang sedihnya masjid punyer laa besar..makmumnyer...tak sampai 5 shaf...sedih-sedih...dah puas round masjid tuh..tapi sebelum kita ke destinasi yang seterusnya..ader satu citer sedih yang aku nak kongsi..maser kiteorg sampai kat masjid tuh...van kami ni terparking kat depan umah org..kebetulan tuan rumah tuh lalu kat situ...yang bestnya.tuan rumah tuh tgh pandu van mayat lagik...tgh rancak driver kami berbalah ngan driver van mayat tuh.kami pun siap-siap turun nak pi masjid tuh...tinggal laa member aku yang sorang nih.dia duk kat seat blakang skali..so dia last skali laa kuar...maser tuh ader satu tingkap tak tertutup..lantas aku suh dia tutup tingkap tuh..ah!!! susah jugak..dia pun tarik cermin tingkap tuh dari dalam..tarik punya tarik..tiba-tiba prangggg!!!! cermin tingkap tuh berkecai ibarat diamond lalu bertaburan atas jalan..laaa aku pun tengok muka kawan aku nih..serba salah dah!!! berpeluh skali..gabra!!!semenya dapat dilihat...nak gelak pun ada..tapi perasaan kesian lebih kuat dalam hati aku..maser cermin tuh pecah driver van kami still kung kang duk berbalah..sampai tak sedar apa yang dah berlaku..hihihi.aku suh kawan aku tuh kuar..n biler dah abih idea nak berdebat maka driver van kami pun turun..dan kami pun tunjuk laaa apa yang dah terjadi...kami cakap cermin tuh pecah sendiri disebabkan panas!!!harap reason tuh laku... tapi brother tuh rileks jerk..sebab dia dah kata memang cermin tuh dah retak!! mujur....kalo tak kene laaa ganti ngan cermin baru..tanpa membuang masa kami pun trus ke masjid..dan bergambar pepuas...pastu tokey van tuh tipon aku.dia kata suh kiterorg stay dalam beberapa lama...sementara nak ganti ngan cermin baru...lepas jerk solat Dzuhur..kami pun tunggu laa van kat tempat yang dijanjikan..perghh ini laaa satu penyeksaan..yang memerlukan kesabaran..lebih 2 jam kami terpaksa tunggu!!giler muntah!!!punya laaaa lama...dalam jam 3.30 ptg baru laaa van tuh sampai dengan cermin tingkap yang baru!!!haaa jgn disentuh lagik yerk..kang pecah saper yang susah...perut pun dah berbunyi so kami terus ke madinah qodimah bab marrakech..nak makan tghari..belum apa-apa..van kami kene saman..adusss!!! kesian brother tuh!!tu laaa pandu biar laaa berhati-hati..sampai jerk kat kedai tuh....aku cam biasa laaa oder kaki lembu ngan adas..memang best..aku cuba promosi kat memember aku yang lain..tapi langsung tak laku..tapi ader jugak laaa sorang budak nih terpikat kaki lembu nih disaat akhir..sampaikan kepat tulang kaki tuh..haaa tu laaaa orang dah cakap sedap tak mau caya!!!muahahah...lepas jerk makan..aku ajak deme nih jalan-jalan kat sekitar souq tuh.mmg kat sini sesaper yang nak beli jersey.memang murah.aku pun beli jersey Holland yang dah lama adik aku nak...muahah ader jugak yang lain beli jersey....lepas tuh kami terus balik....semuanya tertidur termasuk laaa aku kerana dek keletihan..begitu laaa sedikit sebanyak coretan yg agak panjang...tp sungguh aku katakan..trip ngan bebudak nih memang best...muahah..klakar...klakar....muahahahaah



Siapa Aku

  • Seh Mat Appis
  • Ibn Tofail University Kenitra Morocco
  • andalusia_sh@yahoo.com
My profile