Saturday, August 05, 2006

Alahai ONCF...

Assalamualaikom...

Dah lama aku tak entri blog..So ada kelapangan ini aku nak ceritakan sedikit kisah ataupun anekdot di Morocco ini...

Petang tadi aku terbaca surat khabar As-Sobah(surat khabar popular Morocco) dalam kolum berita dalam negeri menceritakan satu kejutan besar yang telah dilakukan oleh ONCF (Syarikat Keretapi Kebangsaan Morocco) apabila menaikkan tarif tiket. Kenaikan tanpa iklan ini seakan mengundang padah ke atas diri mereka sendiri. Harga tambang yang dinaikkan antara setengah Dirham hingga ke 8 Dirham sertamerta memeranjatkan pengguna kemudahan keretapi disini. Liputan awal dibuat di Casa Port Station menunjukkan suasana kecoh di kaunter tiket apabila kenaikan tarif dibuat mendadak tanpa iklan ataupun makluman terlebih dahulu.

Nilai tarif yang dinaikkan adalah tidak logik dengan skala yang besar sehingga Dirham 8. Sudah ada pertubuhan NGO akan membuat demonstrasi menentang kenaikan tarif itu(sememangnya bangsa Arab ini memang suka buat tunjuk perasaan).
Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku...

Kronologi ONCF...
2004 - ONCF telah diambil alih oleh sebuah syarikat gergasi dari Peranchis sekaligus menjadikan ONCF sebagai sebuah syarikat pengangkutan swasta.
2005 - ONCF membuat perancangan untuk mengembangkan perkhidmatannya ke bandar-bandar lain di Morocco.
2006 - ONCF telah membeli gerabak 2 tingkat yang dibeli dari Italy yang akan memulakan operasinya pada Oktober nanti.

Senyum-senyum...
Sememangnya keretapi adalah pengangkutan utama pelajar Malaysia disini. So musibah kenaikan tarif tambang keretapi ini TERtempias juga..Huhuhuhu...

Coming Soon...
Aku akan bercuti ke Warzazat. Warzazat merupakan satu destinasi yang menjadi tumpuan pelancong asing. Ramai pengarah filem Hollywood memilih Warzazat sebagai tempat shooting filem mereka antaranya "Troy", "Alexander" dan banyak lagi. Doakankan percutian aku lancar dan selamat dan berkat insyaAllah.Ok jumpa lagi....Tata...


Monday, July 24, 2006

Hari Pra Graduasi dan Perpisahan 2006






Dah lama tak update blog ni, so terasa pula nak cerita apa yang berlaku baru-baru ini...
Alhamdulillah, baru-baru ini PMMM sekali lagi mengorak langkah dengan menganjurkan satu program yang best...Aku sebagai Presiden PMMM pada masa itu (sekarang ni dah bertukar tampuk pemerintahan berkuatkuasa semalam)...
Majlis Pra-Graduasi dan Perpisahan diadakan 15 Julai 2006 bertempat di Dewan Alif, Fakulti Sastera dan Sains Kemanusiaan, University Ibn Tofail, Kenitra.
Antara dif yang hadir ialah Ketua Chanserry Kedutaan Besar Malaysia di Morocco serta pegawai-pegawai, Timbalan Dekan, Pegawai Kedutaan Besar Brunei di Morocco, para pensyarah-pensyarah.
Tahun ini seramai 24 orang mahasiswa telah menghabiskan pelajaran mereka (termasuklah aku) di peringkat Ijazan Sarjana Muda dan Sarjana)
Majlis Pra- Graduasi ini julung kalinya diadakan. Alhamdulillah perjalan program biarpun pertama kali diadakan, berjalan dengan lancar.
So disini aku nak isi beberapa keping gambar untuk tatapan bersama.

Dikesempatan ini juga, aku ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh AJK yang membantu menjayakan program ini. Jasa antum Allah sahaja yang membalasnya.

Wednesday, June 21, 2006

Kaifa aslamu...


++Ukiran emas Tutankhamun++

Siapa kenal dengan Dr Mooris Mocay??(kalau salah ejaan tolong betulkan sebab aku baca dalam bahasa arab) Apa yang telah beliau lakukan sehingga aku masukkan beliau ke entri aku ini??!

Di sini aku nak berkongsi satu kisah bagaimana Dr Mooris Mocay mendapat hidayah dari Allah S.W.T memeluk Islam. Beliau dilahirkan di Peranchis.Keluarga beliau adalah kristian katholik. Beliau merupakan seorang sarjana didalam bidang perubatan. Mendapat ijazah pertama di University of France, Paris. Beliau merupakan salah seorang pelajar terbaik di University of France yang mana menjadikan beliau salah seorang doktor yang terkenal dan antara yang termahir di Peranchis.

Kerajaan Peranchis memang terkenal dengan dasarnya mengambil berat dalam soal penjagaan dan penyelidikan artifak-artifak ataupun tinggalan sejarah purba lama. Pada tahun 1981, Presiden Peranchis pada ketika itu Franso Mitrean(tolong betulkan kalau salah) memohon kerjasama Kerajaan Mesir agar membenarkan mumia Firaun dibawa ke Paris untuk tujuan kajian dan pengawetan semula.

Mumia Firaun di sambut dengan penuh suasana protokol 'royal' seperti menyambut ketibaan raja seakan-akan Firaun itu masih hidup. Presiden dan seluruh menteri dan anggota kabinet menunggu dan menyambut ketibaan mumia Firaun tersebut (merasa juga Firaun naik flight...). Ini mengimbau kembali akan laungan Firaun kepada rakyatnya satu ketika dulu "Sesungguhnya akulah tuhanmu yang paling tinggi!!...".

Selesai majlis sambutan ketibaan Firaun ke Paris, maka mumianya dibawa ke satu tempat khas, dan para ahli kaji artifak dan doktor-doktor mahir Peranchis sedang menunggu disana yang mana Dr Mooris Mocay menjadi ketua skuad.

Kerja-kerja kajian dan awetan semula giat dimulakan, proses kajian tentang bagaimana Firaun mati juga bermula, dan pada pertengahan malamnya maka terzahirlah satu petunjuk hasil dari analisis itu. Dr Mooris Mokay mendapati ada garam sejat didalam badan mumia itu!!! Dan ini menunjukkan bahawa Firaun mati lemas di lautan dan di awet terus selepas ianya mati lemas!!! Dan selepas itu, para doktor segera mengawet kembali mumia itu kerana takut rosak. Persoalan timbul, kenapa mumia ini sahaja yang ada terdapat garam sejat didalam jasadnya sedangkan mumia yang lain tidak ada langsung unsur garam sejat didalam badan mereka!!! Dan bagaimana pula jasad mumia ini dapat diselamatkan sedangkan ianya tenggelam di tengah lautan dan di awet terus dengan segera!!!

Selepas itu, Dr Mooris ingin mengeluarkan kenyataan baru akan mumia tersebut, tetapi salah seorang daripada skuad itu membisikkan sesuatu kepada Dr Mooris "Jangan Dr terlalu cepat membuat kenyataan, kerana kitab orang Islam sudahpun menceritakan berkenaan kisah ini". Lantas Dr Mooris berang dan menafikan khabar itu sekeras-kerasnya. Tidak mungkin kata Dr Mooris, kerana di zaman dahulu tiada komputer mahupun alat canggih yang boleh mengetahui atau mengesannya.Tidak logik sama sekali kerana mumia itu pertama kali dijumpai setelah beribu-ribu tahun terperap didalam piramid itu pada tahun 1898M, manakala kitab orang Islam sudah berusia lebih 1400 tahun!!! Pada hal, orang arab pun tidak langsung mengetahui akan adanya jasad ataupun mumia itu di awet..

Duduk Dr Mooris bersendirian memikirkan anekdot pelik dan membingungkan itu, beliau mendapatkan kitab Taurat dan mencari kisah itu, beliau menjumpainya di 'safar khuruj' yang mana menceritakan Firaun mati kerana tidak mengikut seruan Musa A.S dan menerima balasan mati ditengah lautan ketika cuba menyeberangi untuk membunuh seluruh pengikut Musa A.S. Dan beliau berfikir lagi, "Adakah mumia ini yang menerima balasan itu?Yang cuba membunuh Musa dan pengikutnya?". Beliau tidak dapat tidur dek kerana perkara yang membingungkan ini. Beliau merujuk lagi kitab Taurat tetapi tidak menjumpai peristiwa bahawa jasad Firaun yang lemas itu dapat diselamatkan dan ianya akan kekal sehingga hari ini..!!

Maka segala kerja awetan semula dan kajian terhadap mumia itu selesai dijalankan dan mumia itu sudah pun pulang dari bercuti di Peranchis sempena musim bunga(huhu hanya ciptaan penterjemah)... Tetapi Dr Mooris masih belum berpuas hati dan masih lagi mencari jawapan yang menyebut bahawa Firaun lemas dan jasadnya dapat diselamatkan dan masih kekal hingga ke hari ini. Selepas itu, beliau berlepas ke Saudi Arabia untuk menghadiri Seminar Pakar Perubatan Sedunia yang pada masa itu dihadiri oleh sebahagian besar pakar-pakar perubatan dari negara Islam. Antara bab utama yang dibincangkan ialah 'Mumia Firaun dan bagaimana ianya boleh kekal hingga kehari ini', maka seorang pakar perubatan Islam membentangkan kertas kerjanya dan sebelum itu pakar itu membaca sepotong ayat dari kitab suci Al-Quran yang bermaksud "Dan pada hari ini, aku selamatkan jasadmu(Firaun), agar menjadi bukti kepada orang-orang selepasmu, tetapi ramai manusia leka dengan petunjuk-petunjuk yang kami berikan". Maka selepas Dr Mooris mendengar ayat itu dan faham akan maknanya, secara tiba-tiba Dr Mooris berdiri dihadapan perwakilan dan melaungkan "Sesungguhnya aku memeluk Islam dan aku beriman dengan kitab yang telah dibacakan tadi(Al-Quran)"......Maka tergamamlah seluruh perwakilan dengan tindakan nekadnya..Alhamdulillah....Lihatlah (ayah) atau petunjuk yang Allah tunjukkan...Banyak lagi petanda-petanda yang lain yang jelas akan kebenarannya..Tetapi adakah kita mengambil endah??!!!!

Allah berfirman "Sesungguhnya Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang di perkenankanNya"...

Ini saja yang dapat aku taqdemkan sekarang ini. ianyaku ambil dari www.saied.net/Anshatah/dakwah (versi arab) dan aku terjemahkan ke Bahasa Melayu dan inilah hasilkan...Maaf di atas kekurangan..Jumpa lagi wassalam.

Sunday, June 18, 2006

Kelebihan lelaki pada akalnya...



Berjumpa lagi...

Disini aku ingin mengajak semua berfikir tentang perkara yang inginku tulis ini..

Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang, lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, malaikat dan syaitan, gunung dan lembah, matahari dan bulan dan begitulah seterusnya. Banyak hikmah dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki, contohnya dalam hal penyaksian. Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namum mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kucar kacir.

Begitulah kebijaksaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tiada perasaan malu lagi, bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam, malah sanggup menyaman Jabatan Agama kalau memberkas mereka di kelab malam!! Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kalau kesan buruk akan menimpamasyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan...

Wanita sepatutnya malu dah tiada malu lagi, lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala DEDAH, lelaki pula dengan gejala DADAH!!! Ini panorama yang ada didepan mata kita sekarang!!!!!

Kata orang tua-tua " Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara" sudah hampir berkubur. So apa tindakan kita sekarang??!!!Adakah kita nak jadi dayus melihat perkara ini berlaku didepan mata kita tanpa usaha membendungnya??!!Fikirkan...Guna segala kepakaran kita selama kita dibumi Morocco ini..Inilah masanya..Jangan perapkan saja ilmu itu tanpa dipraktikkan...Ayuh!!!

Anekdot...

Assalamualaikum warahmatulLah hiwabarakatuh...

Tiada apa yang ingin ku nukilkan dikala ini, cuma sekarang ini aku kena concern bout my thesis..Nak present minggu hadapan..Moga Allah memberi kekuatan kepada diriku nanti insyaAllah..
Baru-baru ini aku dijemput untuk menghadiri satu majlis tahlil dan perpisahan di Residen Brunei..Majlis bermula selepas solat maghrib berjemaah dan bacaan tahlil..Seterusnya di santapkan dengan hidangan yang class..Fuh bermacam menu yang ada..Naik sendat perutku..Semua staff kedutaan baik dari Malaysia mahupun Brunei cakap badanku semakin naik..Huh inilah antara perkara yang aku tak berapa selesa..Uwaa so nampaknya aku terpaksa cari jalan untuk mengelakkan ianya terus berlaku..Huhuhu..
Esoknya aku sempat menemankan seorang adik yang bulat dan tembam membeli telefon bimbit..Susah juga nak cari jalan untuk menawar ke harga yang lebih murah..Mungkin kerana telefon tu keluaran baru dan selepas itu sempatlah makan ais-krim..Huhu..Selepas itu aku terus ke kenitra..Sebab aku kene bersiap sedia untuk pebentangan thesis aku nanti dan juga ujian oral yang bakal dijalankan minggu hadapan insyaAllah..Doakan aku wahai semua...Persediaan masih belum dibuat..Sebab aku masih leka dan masih berseronok..Ahh lekanya aku..
Aku mimpi pagi tadi, mamaku suruh aku pulang ke Malaysia secepat mungkin!! Apa petanda??Huhu mainan tidur agaknya..
Inilah sahaja coretan ayam yang nak aku entri didalam blog ini..Daripada terus bersarang so aku kemas or usai mana yang mampu...
Ok Wassalam

Monday, June 12, 2006

Sinopsis hari ini...


Assalamualaikum...
- Hari ini, berakhirlah sudah penantianku..Natijah (keputusan) peperiksaanku sudah pun aku ketahui..Pagi tadi aku melangkah keluar rumah dengan perasaan bercampur baur dengan ketakutan dan kebimbangan..Sebelum itu, aku sempat menghantar sahabatku Us Atho' pulang ke Tetouan.
-Sesampainya aku di kuliah degup jantungku semakin deras (seperti orang baru habis lumba lari)..Ku dapati ramai rakan sekelasku menunggu di luar pejabat Fakulti Pengajian Islam bagi mendapatkan keputusan mereka..Arrgghh...Aku hanya menggunakan bahasa isyarat tangan kepada kawanku (orang Morocco ini memang pakar dalam menggunakannya isyarat tangan) untuk menanyakan keputusan sudah dikeluarkan atau belum. Ah..Belum lagi jawabnya..Lega sebentar..Lantaran aku menghampiri pintu pejabat, Us Dr Bilhasan (Ustaz Ekonomi Islam) keluar dengan memegang sampul surat besar, itulah sebenarnya keputusan yang sudah siap dinilai. Semua pelajar termasuklah aku menyerbu ke arah ustaz. Gegak gempita dengan suara pelajar menanyakan keputusan mereka (Hampir sama bisingnya dengan bunyi sorakan di Piala Dunia yang sedang berlangsung)...Aku mencelah bertanya..Hahaha ustaz memang dah aim aku..Setelah helaian demi helaian diselak..Maka terpampanglah namaku..Aku lihat sekali imbas..Alhamdulillah..Najah!!!!!! (Lulus)..Arrghh syukur kehadrat Allah..Aku amat berpuas hati dengan keputusan aku..Setimpallah dengan apa yang aku usahakan..Biarpun tidak kena pada target yang aku letak.Tetapi ianya sudah cukup membuatkan aku lega dan bersyukur..Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam..
-Aku pulang dengan penuh rasa lega dan puas hati..Tak dapat digambarkan dengan kata-kata..Tersenyumku sendirian..Terima kasih ingin ku ucapkan kepada semua yang menyokongku dari belakang, keluarga, para pengajarku, kawan-kawan dan khas buat "adek"ku..Moga diapun dipermudahkan didalam peperiksaan yang dia hadapi sekarang ini..
-Point yang seterusnya..Ialah penumpuan kepada subjek lisan (syafawi) yang dijadualkan pada minggu hadapan..Fokusku seterusnya ialah untuk mendapat MUSTAHSAN InsyaAllah..Doakan aku...Sekian coretan ringkas..Wassalam...

Saturday, June 10, 2006

Alhamdulillah


++ Selesai final exam..++
-Alhamdulillah final exam dah pun berlalu..So sekarang ni fatrah menunggu natijah (result), perasaan takut dan gabra mula menguasai diri. Petang tadi sempat aku menghubungi ustaz aku menanyakan keputusanku. Alhamdulillah jawapannya positif. Dan sekarang ni aku menunggu keputusan penuh. Kemungkinan Isnin depan keputusan penuh akan ditampal di papan kenyataan kuliah. Doa dan harapan aku, moga keputusan kali ini menepati target yang aku buat. InsyaAllah.

++World Cup++
-Sekarang ini demam Piala Dunia sudahpun melanda. Berjuta-juta peminat bola malah berbillion menumpukan perhatian kepada sukan nombor satu dunia itu. Di Croatia, 33% pekerjanya mengambil cuti gara-gara Piala Dunia, di Brazil pasaran saham ditutup lebih cepat kerana aura bola, di Morocco?? Hahaha..Pada kali ini Kerajaan Morocco melalui stesen TV kerajaan mahupun swasta tidak menyalurkan siaran langsung Piala Dunia kerana harga siaran melambung sehingga EU 9 juta. Akan tetapi suasananya tetap terasa kerana pancaran siaran langsung Piala Dunia boleh di tontoni melalui channel ART (Syarikat TV Swasta Arab Saudi) yang boleh ditarik menggunakan parabola.
-Menarik kali ini, Piala Dunia 2006 di Jerman banyak ditaja oleh syarikat dari negara Islam. ART (Arab Saudi) sebagai TV rasmi Piala Dunia dan Fly Emirates sebagai syarikat pengangkutan rasmi. Apa yang menjadi persoalan apakah keuntungan mereka ini akan membawa manfaat kepada dunia Islam khususnya bagi yang memerlukan seperti Kerajaan Hamas dan bangsa arab di Palestin?Atau kepentingan mereka sendiri?
-Teringat pesan seorang kawan di PMMMGroups yang memberi peringatan kepada peminat bola khususnya dikalangan mahasiswa di sini, agar pandai membahagikan masa dan tidak lalai dan leka dengan permainan duniawi ini tambahan pula musim peperiksaan bakal menjelang minggu hadapan.
-Ok sekian catitan ringkas..Berjumpa lagi...

Thursday, May 25, 2006

CUTI......





.:: DENGAN INI DIUMUMKAN BAHAWA BLOG INI AKAN DI BERHENTIKAN OPERASINYA SEKETIKA DAN AKAN KEMBALI KEPADA OPERASINYA SEHINGGA DIBERITAHU KELAK SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI ::.
..SEKIAN HARAP MAKLUM..



Siapa Aku

  • Seh Mat Appis
  • Ibn Tofail University Kenitra Morocco
  • andalusia_sh@yahoo.com
My profile